Wednesday, November 3, 2010

SiaPakah Yg meNcintaI kIta?????

Dalam hidup ini, terkadang kite tidak  meyedari ada insan yang ingin cuba mendekati kita. kita tidak menyedari bahawa insan itu cuba mendapatkan cinta kita.  namun, ianya terkadang bukan terus keluar dari mulut tetapi melalui tindakan perbuatannya itu.  disini uncle kongsikan beberapa cara bagaimana seseorang itu ingin mendekati kita. 
  1. Orang yang mencintai kita tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kita. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kita satu-satunya.
  2. Walaupun kita sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kita bahagia dan kita tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kita selalu menerima kita apa adanya, di hati dan matanya kita selalu yang tercantik walaupun mungkin terdapat beberapa kekurangan daripada rupa bentuk badan kita contohnya
  4. Orang yang mencintai kita selalu ingin tahu tentang apa saja yang kita lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kita...
  5. Orang yang mencintai kita akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kita tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kita menyambut hari jadi dan kita tidak mengundangnya ke majlis yang kita adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kita akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kita, bahkan mungkin kejadian yang kita sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersama kita itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kita selalu mengingati setiap kata-kata yang kita ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kita sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-kata kita di hatinya.
  9. Orang yang mencintai kita akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kita, bahkan mungkin meminjam CD milik kita, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kita – kesukaan kita kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kita, tapi dia mencuba.
  10. Kalau kali terakhir dia bertemu kita dan mungkin ketika itu kita sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kita – kerana dia bimbangkan tentang kita, peduli tentang kita.
  11. Jika kita mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kita.
  12. Orang yang mencintai kita akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kita itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kita akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kita, sehingga kita menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kita telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kita selalu ingin berada di dekat kita dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kita.
  15. Jika suatu saat kita harus pindah ke tempat lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kita waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kita.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kita, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  16. Orang yang mencintai kita bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  17. Orang yang mencintai kita sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kita 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kita di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kita.
  18. Jika kita memintanya untuk mengajari kita,sesuatu maka ia akan mengajari kita dengan sabar walaupun kita mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kita. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kita walau sesukar mana permintaan kita itu.
  19. Kalau kita melihat handphone-nya maka nama kita akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kita walaupun ianya kita kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kita di tempat khas dan segala pemberian kita menjadi benda-benda berharga buatnya.
  20. Dan jika kita cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  21. Jika suatu saat kita merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kita kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kita.
Jika ada yg pernah melakukan begini pada anda,  maknanya dia memang cuba mencintai anda..................
so, keputusan diatas tgn anda... buatlah yg terbaik!!!~  
anda maMpu MenGubahnYa.... 

No comments:

Post a Comment