Thursday, November 25, 2010

ha??? ade yg bertanya: Mengapa Orang Islam menyembah BERHALA bernama KAABAH????

Jom baca dialog ni...
dialog antara Org kristian dan Org Islam...
betol ke Orang islam sembah berhala????
jika, anda org islam, dan anda ditanya tentang ini, bagaimana anda akan menjawabnya??
pernah terfikir atau tidak???


 dialognya seperti ini:

Org kritian: Jika benar umat Islam di larang menyembah selain Allah, Mengapa berjuta-juta umat Islam menyembah berhala  bernama kaabah???

Orang islam: Kaabah itu BUKAN berhala. Kaabah hanyalah ARAH KIBLAT bg org islam ketika solat. sekiranya  Kaabah diusung  dan diletakkan di Malaysia, tiada seorang pun jemaah haji yg  akan menunaikan haji di Malaysia ataupun menukarkan kiblatnya ke Malaysia. Adapun, umat islam diminta menghadap baitulharam ketika solat adalah sebagai simbol penyatuan di kalangan Muslim. Mereka menghadap arah kiblat yg satu walau di mana shj mereka berada.
pada zaman dahulu, Muazzin NAIK KE ATAS KAABAH utk melaungkan azan. ini membuktikan  bahawa kaabah itu bukannya berhala seperti dinyatakan tadi.
saya bertanya pada anda, pernahkah anda memijak kepala patung Jesus ataupun Mary di dalam gereja ataupun Church ketika anda beribadat??? bahkan bukti yang amat kukuh bahawa kaabah itu bukanlah tuhan yang disembah oleh umat islam ialah anda akan dapati setiap Muslim MEMIJAK sejadah yang mempunyai gambar kaabah setiap kali solat diatas sejadah.

Orang kristian: tapi, mengapa perlu mengelilingi kaabah berkali-kali??? bukankah ia bererti memujanya???

Org islam: sebenarnya tawaf mengelilingi kaabah adalah melambangkan kepercayaan dan penyembahan terhadap Allah yang esa. Sebagaimana setiap pusingan bulatan mempunyai satu pusat, maka begitu juga dengan tawaf. Kami mencontohi  Baginda Nabi MUhammad dalam beribadah dan Muslim hanya diwajibkan menyembah Allah sahaja. Tidak ada satu ayat Quran atau Hadis pun yg menyebut agar muslim perlu menyembah kaabah....

No comments:

Post a Comment