Thursday, November 25, 2010

ha??? ade yg bertanya: Mengapa Orang Islam menyembah BERHALA bernama KAABAH????

Jom baca dialog ni...
dialog antara Org kristian dan Org Islam...
betol ke Orang islam sembah berhala????
jika, anda org islam, dan anda ditanya tentang ini, bagaimana anda akan menjawabnya??
pernah terfikir atau tidak???


 dialognya seperti ini:

Org kritian: Jika benar umat Islam di larang menyembah selain Allah, Mengapa berjuta-juta umat Islam menyembah berhala  bernama kaabah???

Orang islam: Kaabah itu BUKAN berhala. Kaabah hanyalah ARAH KIBLAT bg org islam ketika solat. sekiranya  Kaabah diusung  dan diletakkan di Malaysia, tiada seorang pun jemaah haji yg  akan menunaikan haji di Malaysia ataupun menukarkan kiblatnya ke Malaysia. Adapun, umat islam diminta menghadap baitulharam ketika solat adalah sebagai simbol penyatuan di kalangan Muslim. Mereka menghadap arah kiblat yg satu walau di mana shj mereka berada.
pada zaman dahulu, Muazzin NAIK KE ATAS KAABAH utk melaungkan azan. ini membuktikan  bahawa kaabah itu bukannya berhala seperti dinyatakan tadi.
saya bertanya pada anda, pernahkah anda memijak kepala patung Jesus ataupun Mary di dalam gereja ataupun Church ketika anda beribadat??? bahkan bukti yang amat kukuh bahawa kaabah itu bukanlah tuhan yang disembah oleh umat islam ialah anda akan dapati setiap Muslim MEMIJAK sejadah yang mempunyai gambar kaabah setiap kali solat diatas sejadah.

Orang kristian: tapi, mengapa perlu mengelilingi kaabah berkali-kali??? bukankah ia bererti memujanya???

Org islam: sebenarnya tawaf mengelilingi kaabah adalah melambangkan kepercayaan dan penyembahan terhadap Allah yang esa. Sebagaimana setiap pusingan bulatan mempunyai satu pusat, maka begitu juga dengan tawaf. Kami mencontohi  Baginda Nabi MUhammad dalam beribadah dan Muslim hanya diwajibkan menyembah Allah sahaja. Tidak ada satu ayat Quran atau Hadis pun yg menyebut agar muslim perlu menyembah kaabah....

Wednesday, November 10, 2010

ijazah palsu?????




Ijazah Palsu, Fazley Letak Jawatan

Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.

Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom.

“Betul... saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya, Rabu.

Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.

Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu.

University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.


Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan. -mstar


BBC dakwa Fazley ada ijazah palsu

KAMPUS University of Wales di Cardiff yang didakwa menggantung hubungan dengan Kolej Antarabangsa Fazley.

LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu. -kosmo

Monday, November 8, 2010

coNgraTes To mY TOP 10 folloWerS!!!!

mekaseh  n tahNiah  kepada kekawan blogger yg sudi menjadi follower unCle....
brU 4 hari uncle da dapat kekwan blogger yg ke sepuluh....
(tolak 1, sebb yg sorang lagi tu cosmate uncLe je. mekaseh kat dia sebb kenalkan uncle dgn blog ni..hehe)...

hOpe korang enjoY ngn blog uncle yg x seberapa ni...
koRang memang terbaek Lah!!

syabas! to mereka2 ni...:

1) adika rOslan= bakihuna89
2)shada=http://gugugaga0309.blogspot.com/
3)mashimaro= http://hatisamronkin.blogspot.com/
4)jaha
5)azhar
6)white cempaka= http://thewhitecempaka.blogspot.com/
7)lydia miza
8)eita = http://hatisamronkin.blogspot.com/
9)cik meen= http://yasminblur.blogspot.com/
10)eruez = http://kuchamsteam.blogspot.com/


harap korang enjoy dengan  cerita uncle (http://ceritauncle.blogspot.com/) ......
kat sini akan uncle ceritakan segala apa yg berkaitan dgn uncle... =)

congraTes again!!! ukhwah itu Indah!!!~

Friday, November 5, 2010

"HaiWan PeliharAaN"

~si tOmpok~

hari ni uncle nak cite  sket pasal pets uncLe.  uncLe ade satu habit yg xdpat ditinggalkan...
pantang ade mase kosong , mesti nk bela binatang....hehe....  tambah2 mase2 cuti sem ni..
adehhh!!!~ borinkNya...

jadi... uncLe  bela  la sekor binatang ni... nama dia uncle bg  nama TOmpOk....heheh...
ofCoz la nama tu diberi sebb  badannyA tu bertOmpok itam....  Tompok ni seekor arnab.. sgt manja....
uncle bela dia da lama jugak...... hu~~! badan dia sgt la besar  dan gebu.. TompoK ni berjaNtina kan betina..

pada suatu ari.. uncle beli seekor jantan .. sebb , paham2 la,  sbg makhluk semua nye nak ada teman kan?..heheh. macm tulah tOmpok..  hidopnye jugak perlukan teman spermainan dan tempat bermanja..hehe...cukup sebulan  uncle letak tomPok dgn si jantan, si tOmpok mula mengandong....
dan akhiRnya beranak.....hua~ aktipkan..hehe...
ni la tompok uncle.......
                                               ~toMpok sedang duduk bersama anak2nya~


=anak2 tompoK... ni gambar ori... bukan copY paste dr org punye..=



korang patot tau ,
beberapa PERANGAI rabbit, yg uncle rasa korang x tau sebelom ni.. :===>>

1===>> GATAL. rabbit  hanya boleh dicampurkan antara jantan n betina sahaja... xboleh dalam 1 sangkar letak  jantan dgn jantan...  sebbnya biasa la, nk dating la tu.hehehe .. kalau letak jugak, gerenti bergaduh besar.... (kalau mase kecik takpe lah, dia x baligh lagi.. xpaham dating2  ni)

2===>>  PLAY BOY...rabit jantan boleh dicampurkan dengan byk betina TAPI ingat mesti ade satu jantan je dalam sangkar tu... almaklumlah, dia nak kongker semua betina... xmo kongsi2.. dia boleh mengawan dengan semua betina dlm tu.....  

3===>>BERANI. rabbit betina yg mengandOng, dan yg akan beranak, akan menghalau jantan n akan bergaduh ngan jantan jika si jantan x nak blah.... so, mase ni kena asingkan la... masa ni si betina nak ketenteraman da.. xmojantan usik2 da....

4===>> GILA. masa hampir2 beranak ni jugak, si betina akan mencabut bulu-bulunya.. masa ni, memang tahap akhir da la, sebelom die beranak dan bergelar ibu...heehehe.. korang akan lihat, bulu betina tercabut-cabut dan kelihatan sgt x cantik.... hodoh suda~

5===>>XDE HATI PEROT. pastikan bile anak yg baru dilahirkan itu diasingkan dr bapa(arnab jantan)... sebb dia akan makan anak tu.. puncanya,dia berebOt kasih syg dr bini nye... ibu anak tadi tu la..
almaklumlah, bile da dpt anak, si ibu kena la bagi perhatian kt anak nye... sebb tu la si bapak jeles...

6==>> MUDAH KELIRU N MEnGONG. Pastikan, korang x pegang anak2 dia tu selalu... kalau nk selamat jgn pegang langsung... takot, nnti dia makan anak dia tu... bukan apa, bile korang pegang anak2 dia tu, bau kat tgn korang tu akan melekat kat anak dia..  bile da melekat, dia akan makan anak die tu, sebb menyangka tu bukan anak dia. sebbnye bau anak dia da ilang.. yg ada bau korang...(mungkin die ingat tu aanak korang..heheh) laNgkah2 selamat.. korang pegangla apa2 bau-bauan  kat anak dia n sebelom tu letak kan jugak kat idong ibu dia tu.. korang lap ke, sental ke kat idong ibu dia tu... supaya dia bau badan dia n anak dia sama....


harapnye, tips2 n pendedahan yg uncle buat ni,akan memberi panduan kat korang yg teringin nak membela binatang ni.... renung2kan,... dan selamat beramal.!!!!!hehehe

*sumber: pengalaman sendiri.....

Wednesday, November 3, 2010

.:'PerkahWinAn seSuatu yG inDah':.

BerkahWin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti segala tuntutan syaraknya.
BerkahWin itu menjanjikan pahala yg tiDak putus2 bg yg menjadikannya gelanggang untuk menJadikan SyurgA
sebagAi matLamat.

BerkAhwin itu  sempadaN dAriPada ketidAksempURnaaN  inSaN  kepaDa keSempurNaAn inSan- bagi yg menGetahui rahsia-rahsianya. BerkahWin demi Tuhan dan NabiNya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan...

JodOh usahLah terLalu risau, tiba masaNya ia akan DtG menJempuT.
NamuN, perLu jUga kita MeMbuka LoroNg-LoroNgnya , agar mudaH agar mudah jemputan Itu sampai.

Memang jodoh itu disembunyikan dari pengetahuan kita, untuk menguji ketakwaan hamba-hambanya..

SiaPakah Yg meNcintaI kIta?????

Dalam hidup ini, terkadang kite tidak  meyedari ada insan yang ingin cuba mendekati kita. kita tidak menyedari bahawa insan itu cuba mendapatkan cinta kita.  namun, ianya terkadang bukan terus keluar dari mulut tetapi melalui tindakan perbuatannya itu.  disini uncle kongsikan beberapa cara bagaimana seseorang itu ingin mendekati kita. 
  1. Orang yang mencintai kita tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kita. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kita satu-satunya.
  2. Walaupun kita sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kita bahagia dan kita tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kita selalu menerima kita apa adanya, di hati dan matanya kita selalu yang tercantik walaupun mungkin terdapat beberapa kekurangan daripada rupa bentuk badan kita contohnya
  4. Orang yang mencintai kita selalu ingin tahu tentang apa saja yang kita lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kita...
  5. Orang yang mencintai kita akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kita tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kita menyambut hari jadi dan kita tidak mengundangnya ke majlis yang kita adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kita akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kita, bahkan mungkin kejadian yang kita sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersama kita itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kita selalu mengingati setiap kata-kata yang kita ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kita sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-kata kita di hatinya.
  9. Orang yang mencintai kita akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kita, bahkan mungkin meminjam CD milik kita, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kita – kesukaan kita kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kita, tapi dia mencuba.
  10. Kalau kali terakhir dia bertemu kita dan mungkin ketika itu kita sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kita – kerana dia bimbangkan tentang kita, peduli tentang kita.
  11. Jika kita mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kita.
  12. Orang yang mencintai kita akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kita itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kita akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kita, sehingga kita menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kita telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kita selalu ingin berada di dekat kita dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kita.
  15. Jika suatu saat kita harus pindah ke tempat lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kita waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kita.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kita, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  16. Orang yang mencintai kita bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  17. Orang yang mencintai kita sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kita 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kita di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kita.
  18. Jika kita memintanya untuk mengajari kita,sesuatu maka ia akan mengajari kita dengan sabar walaupun kita mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kita. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kita walau sesukar mana permintaan kita itu.
  19. Kalau kita melihat handphone-nya maka nama kita akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kita walaupun ianya kita kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kita di tempat khas dan segala pemberian kita menjadi benda-benda berharga buatnya.
  20. Dan jika kita cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  21. Jika suatu saat kita merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kita kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kita.
Jika ada yg pernah melakukan begini pada anda,  maknanya dia memang cuba mencintai anda..................
so, keputusan diatas tgn anda... buatlah yg terbaik!!!~  
anda maMpu MenGubahnYa.... 

canteekkk!!!!

akhirnya, bejaya jugak blog ni dibuat...
fistly, nk introduce diri... nama diberi uncle. beLom bekerJa tp maseh belajar....
oleh kerana baru dibuat, maka  xberapa cekap la lagi... hOpe kawan2 blogger lain boleh tolong....
bak kate pepatah:  yang berat sama dipikul, yg ringan sama dijinjing..hehe...

blog ni utk share apa2 maklumat or cerita, xkire la apa2 pon...
senang cerita, blog ni berkisarkan cerita uncle.. sesuai lah dgn linknya
==>> ceritauncle.blogspot.com
jom share pape ngn uncle....bak kata pepatah: ShaRinG is caRing....




alang2 da singgah tu, pekata terus follow....  ok...???hehe
tenkiu semua  ^___^

Uncle la ni....

Tuesday, November 2, 2010

ciNta kita

cinta kita seperti meNtari, ia tetap bercahaya.
walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi,
kekadang ia juga gerhana, tetapi akan kembali juga cerahnya.

Monday, November 1, 2010

saat dua hati bersatu....



"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." - HR Tarmidzi dan Ahmad
Saya tidak tahu apakah ini merupakan Hukum Sejarah yang digariskan allah
Ketika orang mempersulit apa yang dimudahkan Allah, mereka akhirnya benar-benar mendapati keadaan yang sulit dan nyaris tak menemukan jalan keluarnya.
Mereka menunda-nunda pernikahan tanpa ada alasan Syar'ie dan akhirnya mereka benar-benar takut melangkah di saat hati sudah sangat menginginkannya.
Atau ada yang sudah benar-benar gelisah tak kunjung ada yang mahu serius.
Lingkaran Ketakutan Berlanjutan
Bila di usia dua puluh tahunan mereka menunda pernikahan karena takut dengan ekonominya yang belum mapan, di usia menjelang tiga puluh hingga tiga puluh lima berubah lagi masalahnya.
Laki-laki mengalami Sindrom Kemapanan (meski wanita juga banyak yang demikian, terutama mendekati usia 30).
Mereka (laki-laki) menginginkan pendamping dengan kriteria yang sulit dipenuhi.
Seperti Hukum Kategori, semakin banyak kriteria semakin sedikit yang masuk kategori.
Begitu pula Kriteria Tentang Jodoh, ketika menetapkan kriteria yang terlalu banyak maka akhirnya tidak ada yang sesuai dengan keinginan kita.
Sementara wanita yang sudah berusia sekitar 35 tahun, masalahnya bukan kriteria tetapi soalapakah ada orang yang mau menikah dengannya?
Ketika usia sudah 40-an, ketakutan kaum laki-laki sudah berbeza lagi, kecuali bagi mereka yang tetap terjaga hatinya.
Jika sebelumnya banyak kriteria yang dipasang pada usia 40-an muncul ketakutan apakah dapat mendampingi isteri dengan baik.
Lebih-lebih lagi ketika usia beranjak 50 tahun, ada ketakutan lain yang mencekam.
Iaitu kekhawatiran ketidakmampuan mencari nafkah sementara anak masih kecil.
Atau ketika masalah nafkah tak merisaukan khawatir kematian lebih dahulu menjemput sementara anak-anak masih banyak perlu dinasihati.
Bila Iman Tiada Makan Muncul Putus Asa
Jangan ditunda-tunda apa yang menghimpit saudara kita sehingga mereka sanggup menitiskan air mata.
Awalnya adalah kerana mereka menunda apa yang harus disegerakan, mempersulit apa yang seharusnya dimudahkan. Padahal Rasulullah s.a.w. berpesan:
Wahai Ali, ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya,Jenazah apabila telah siap penguburannya, dan Perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya." - HR Ahmad
Hadis ini menujukkan agar tidak boleh mempersulit pernikahan baik langsung mahupun tak langsung.
Secara 'lansung' adalah menuntut mahar yang terlalu tinggi. Atau yang sejenis dengan itu. Ada lagi yang 'tidak secara langsung'.
Mereka membuat kebiasaan yang mempersulit, meski nyata-nyata menuntut mahar yang tinggi atau resepsi yang mewah.
Sebahagian orang mengadakan acara peminangan sebagai acara tersendiri yang tidak boleh kalah mewah dari resepsi pernikahan sebahagian lainnya melazimkan acara penyerahan hadiah atau wang belanja untuk biaya pernikahan secara tersendiri.
Bila seseorang tak kuat menahan beban, maka bisa saja melakukan penundaan pernikahan semata-mata hanya kerana masalah ini.
Saya sangat khawatir akan keruhnya niat dan bergesernya tujuan, sehingga pernikahan itu kehilangan barokahnya.
Naudzubillah! Penyebab lain adalah lemahnya keyakinan kita bahwa Allah pasti akan memberi rezeki atau boleh jadi cerminan dari sifat tidak qona'ah (mencukupkan diri dengan yang ada).
Pilihlah Yang Bertaqwa
Suatu saat ada yang datang menemui Al Hasan (cucu Rasulullah). Ia ingin bertanya sebaiknya dengan siapa putrinya menikah? Maka Al Hasan r.a berkata:
"Kawinkanlah dia dengan orang yang bertakwa kepada Allah. Ini kerana, jika laki-laki mencintainya, ia memuliakannya, dan jika ia tidak menyenanginya, ia tidak akan berbuat zalim kepadanya."
Nasihat Al- Hasan menuntun kita untuk menjernihkan fikiran. Jika kita menikah dengan orang yang bertakwa, cinta yang semula tiada meski cuma benihnya, dapat bersemi indah karena komitmen yang memenuhi jiwa.
Wallahu alam bi showwab.